Tentang Pereka

Assalamualaikum. Hai!

Terima kasih sudi singgah di website saya yang sweet ini. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan serba ringkas tentang SF Design Lab.

SF Design Lab adalah jenama bagi kerja freelance design yang saya jalankan secara online. Kerja saya ini adalah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah syarikat kecil saya, RSCreative Enterprise (TR0169471-D) sejak tahun 2010. Maksudnya sudah 12 tahun saya menjadi freelance designer.

Saya memilih bidang designing kerana taknak sia-siakan bakat dan kemahiran yang ada. Lagipun bidang ni memang minat saya. 

Saya pernah bekerja sebagai IT Officer di sebuah NGO iaitu Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia selama 3 tahun sebelum berhenti kerana berkahwin dan kena ikut suami ke Terengganu. Saya juga berkelulusan Degree dalam bidang Teknologi Multimedia dari Universiti Malaysia Sabah.

Blog ini diwujudkan untuk menyimpan semua portfolio berkaitan kerja design saya untuk memudahkan bakal client melihat hasil kerja yang telah saya buat. Jadi boleh la tengok-tengok dulu sebelum ambil keputusan untuk upah saya jadi designer anda.

Untuk makluman, saya bekerja secara part-time dan lone ranger. Semua urusan juga adalah secara online sahaja.

Sweet Reminder !

  • Saya tak ambil rush order.
  • Kena ikut giliran.
  • Kerja saya bergantung kepada cara kita berurusan dan saya tiada jadual tetap memandangkan saya bekerja di rumah yang banyak dugaannya. 

Pendek kata, memang kena sabar banyak kalau nak upah saya. Ampunnn.

Sekian, terima kasih.

BRAND CREATION, CREATIVE DESIGN & STYLISH IDENTITY

Berminat nak upah saya? Hubungi saya untuk perbincangan dengan klik button di bawah.